Pages

Tuesday, April 30, 2024

Bunga Telang

Bunga telang, kembang telang, kacang telang atau bunga biru (nama saintifik: Clitoria ternatea) ialah spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.

Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknya Clitoria. Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandungan antosianin tetapi ada juga bunga yang berwarna putih. Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung pada cepu debunga. Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu, pulut dan mi; malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut. Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah. Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.

Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

1. Bantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

2. Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Untuk Kecantikan Kulit

4. Memulihkan Masalah Insomnia

5. Menyihatkan Organ Dalaman Wanita

6. Antikanser

7. Baik Untuk Kesihatan Rambut

8. Merangsang Sel-Sel Otak

9. Melancarkan Sistem Penghadaman

Wednesday, April 24, 2024

Khat Kufi Allah Muhammad : Blue Abstract Design

Khat Kufi Allah Muhammad : Blue Abstract Design
Resolution : 300 pixels/ inch
Color Mode : CYMK

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.

Monday, April 1, 2024

Khat Kufi Allah Muhammad : BLUE BLACK