Sunday, April 7, 2019

PERKASA




Design kad peserta untuk PERKASA
bertemakan hijau & kuning



Pertubuhan Pribumi Perkasa Melaysia (PERKASA) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

Kura-Kura Gunung Lang Ipoh








Kura-kura secara umumnya merujuk kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas atau cengkerang yang bertindak melindungi organ-organ dalamannya. Bahagian atasnya dikenali sebagai karapas untuk melindungi belakang kura-kura. Manakala bahagian bawahnya pula adalah plastron untuk melindungi dada haiwan tersebut.


rangka umum kura-kura
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehinggalah dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, contohnya Kura-kura Galápagos diketahui hidup selama melebihi 150 tahun. Malah terdapat juga kura-kura dari spesis Aldabra bernama Adwaita yang diketahui hidup selama 255 tahun.

Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).

Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Monday, April 1, 2019

Asma Ul Husna



























Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahawa kebenaran ialah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat orang Islam tidak akan mudah menulis "Allah ialah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahawa Allah ialah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Tempat Kerja Lama

  
Rindu pula kerja dekat tempat lama.. nak design banner & sticker...
Ini tengah rajin menulis buat senarai kerja nak kena siapakan dulu..
bila lama-lama dah tak catat pun  sebab kalau ada keje baru masuk aje ada customer nak cepat
lagi-lagi kalau projek tu kene mengena ngan bos confirm kene siap kan dulu.. 
tinggalkan kerja lain...

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.. jadi buat lah kerja dengan ikhlas insyallah
walaupun sebanyak mana kerja & tekanan yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian...


Keep Calm & Do Your Work 


Friday, March 29, 2019

Lukisan Tulisan Johor Darul Ta'zim



Hari nie rajin mengemas pc jumpa gambar lama ada lukisan tulisan
Johor Darul Ta'zim...



Habis sekoci benang mak jadi mangsa...