Sunday, May 26, 2024
CIKU
Saturday, May 25, 2024
Bunga Kucai (Chinese Chive)
Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.
Friday, May 24, 2024
Cactus Point Brinchang, Cameron Highlands Part 2
CACTUS POINT CAMERON HIGHLANDS
Tanaman kaktus merupakan salah satu tanaman popular yang terdapat di Cameron Highlands. Ia menjadi pilihan buah tangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat peranginan tersebut untuk dijadikan hadiah kepada sanak saudara atau rakan taulan. Tempat tersebut diberi nama Cactus Point. Tarikan yang berlanskap indah ini adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahi terutama sekali kerana kemasukannya juga percuma. Tempat meletak kenderaan juga begitu luas di sekitar kawasan Cactus Point tersebut. Para pengunjung yang berminat untuk mengunjungi tempat tersebut boleh la terus ke alamat Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang. Waktu operasi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari.
Thursday, May 23, 2024
Cactus Point Brinchang, Cameron Highlands

Tuesday, May 21, 2024
KLCC
Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan. Menara Berkembar Petronas telah majlis pembukaan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad sempena ulang tahun Petronas ke-25 dengan tajuk pesta perak dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1999.