Program NILAM Sekolah Menengah
Design By Sh-Yn Design
Maklumat Program NILAM
TAHUKAH ANDA PROGRAM NILAM?
Program
galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah
mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini
dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan
Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998.
Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah
dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod
pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
‘NILAM’
atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program
ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi
Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan
untuk menyelaras program ini.
Program
ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada
1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Suatu
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program
tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian
Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan
program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara
berkesan.
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid
perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan
mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan
sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas
guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid
dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod
hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras
Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan
direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada
Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke
Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi
Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah
dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi
pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan
berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan
pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah,
sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah
dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Program
NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran
dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini
dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan
penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN
PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid
pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu
membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka
perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
90 - 179
|
Gangsa
|
180 - 269
|
Perak
|
270 - 359
|
Emas
|
360 ke atas
|
NILAM
|
b. Sekolah Menengah
Murid
pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula
belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk
mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
72 - 143
|
Gangsa
|
144 - 215
|
Perak
|
216 - 287
|
Emas
|
288 ke atas
|
NILAM
|
Tahap
RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti
membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki
tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing
dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun
aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan
markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi
aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti
meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti
:
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200– 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
Pemilihan
Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan bersempena dengan Anugerah NILAM
Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003 hasil keputusan
mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Calon-calon dari 4 kategori
iaitu calon Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah
Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk
memilih pemenang mengikut kategori dan juga Tokoh NILAM Sekolah Rendah
serta Tokoh NILAM Sekolah Menengah di kalangan pemenang kategori
tersebut.
Anugerah
NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam
usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat
negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang
2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.
No comments:
Post a Comment