Pages

Saturday, May 25, 2024

Bunga Kucai (Chinese Chive)

 








Kucai atau nama botani: Allium tuberosum ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi, ditanam dan ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh dunia.


 Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

 Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.




No comments:

Post a Comment