Pages

Wednesday, June 19, 2024

Ros Jepun


Ros Jepun

Bunga Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan pokok yang sangat cantik untuk ditanam di halaman rumah serta pokok landskap yang tahan panas. Oleh disebabkan ia merupakan pokok landskap tahan panas, ia sangat sesuai untuk ditanam dan akan tumbuh subur dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Ia dikatakan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Di Malaysia, bunga Ros Jepun ini turut dikenali dengan nama pokok bunga pukul 10 pagi atau pokok bunga kembang 10 pagi. Jolokan nama ini diberi kerana pokok bunga ini dikatakan akan kembang dengan mekar pada pukul 10 pagi.

Ia sangat mudah untuk dikenali dengan sifat fizikalnya yang berwarna-warni dan cara tumbuh yang menjalar. Bentuk kelopak bunganya juga sama seperti ros biasa tetapi lebih kecil. Walaupun saiz bunga yang lebih kecil, ia masih cantik untuk dipandang dengan warna bunganya yang terang dan ceria.




















 

No comments:

Post a Comment