Showing posts with label Bendera. Show all posts
Showing posts with label Bendera. Show all posts

Tuesday, July 9, 2024

Sejarah Bendera Segamat

 




Asal usul bendera Segamat adalah bendera endau yang
telah digunakan bermula pada 8 mei 1932.
Selepas tahun itu segamat telah ditarafkan sebagai
daerah ketiga selepas muar dan batu pahat.
Pangkat persuruhjaya kerajaan telah diletakkan 
di segamat menyebabkan endau tidak menggunakan lagi
benderanya secara berperingkat. Oleh itu, pegawai kerajaan
segamat telah meminta kebenaran untuk
membuat bendera baru atau menggunakan bendera endau.
Atas persetujuan kerajaan negeri johor bendera
endau menjadi bendera segamat secara rasmi




Sumber 



Thursday, March 14, 2019

Bendera Daerah Negeri Johor


Bendera Negeri Johor


Johor (/ dʒəhɔːr /; Jawi: ‏جوهر دار التعظيم‎‎), juga dikenali secara rasminya sebagai Johor Darul Ta'zim, atau secara tidak rasmi Kesultanan Johor Moden, merupakan sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri di Malaysia Pahang di utara dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut. Johor juga berkongsi sempadan maritim dengan Singapura di selatan dan Indonesia di barat dan timur. Johor Bahru yang terletak berhadapan dengan negara jiran berperanan sebagai ibu negeri dan pusat kegiatan ekonomi utama negeri ini, Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baharu, dan Muar berfungsi sebagai bandar diraja yang diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ibu negeri lama ialah Johor Lama sepanjang dinasti kesultanan Johor klasik. Menurut bancian setakat tahun 2023, jumlah penduduk negeri Johor ialah 4,100,900. Johor ialah negeri kedua yang terbesar dengan jumlah penduduknya.

Batu Pahat

Johor Bahru

Kluang

Kota Tinggi

Kulaijaya

Ledang

Mersing

Muar

Pontian

Segamat