Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Thursday, August 29, 2024

Pantai Sungai Kajang Baru, Tanjung Karang

 





Pantai tanjung karang selangor

Antara persinggahan menarik di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Sama seperti Pantai Remis dan Morib, Pantai Sungai Kajang merupakan pantai bakau (pantai nelayan) tidak sesuai utk aktiviti mandi-manda. Selain laluan nelayan membawa balik hasil tangkapan ikan segar, aktiviti utama pantai ini adalah mengutip pelbagai jenis cengkerang; mentarang & kerang antara yg popular. Pemandangan matahari terbenam yg menarik menjadi tarikan utama pengunjung utk berehat dan bersantai di sini. 




Monday, May 13, 2024

Pantai Bagan Lalang Selangor



Pantai Bagan Lalang Selangor
Bagan Lalang ialah sebuah pekan di pesisir pantai dalam daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Di sini terdapat banyak hutan paya bakau dan tanah liat tempatan yang menyokong industri pembuatan batu-bata. Paya bakau di Bagan Lalang ialah tempat pembiakan hidupan-hidupan akuatik. Paya bakau yang terlindung daripada ombak juga sesuai untuk menjadi pelabuhan, oleh itu, Bagan Lalang juga menjalankan aktiviti perikanan. Dengan penerokaan paya bakau di kawasan ini, hidupan nelayan di sini akan menjadi sangat susah kerana kekurangan sumber hidupan akuatik dan pelabuhan tidak terlindung. Selain itu, Bagan Lalang juga dapat pantai yang cantik. Bagan Lalang juga mempunyai banyak hotel dan chalet yang dapat menarik banyak pelancongan datang melancong disini.