Showing posts with label Tumeric. Show all posts
Showing posts with label Tumeric. Show all posts

Saturday, May 11, 2024

Bunga Kunyit

 






Selain Dijadikan Ulam, Ini Khasiat Bunga Kunyit Yang Patut Anda Tahu

Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu.

Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam.

Bukan setakat bunga, namun bahagian rizom dan akarnya berumbinya juga digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan dikeringkan.

Kemudian akan dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin yang menjadi ramuan ubatan yang sangat aktif.

Kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak seperti antiseptik untuk luka dan sebagai agen antibakteria. Kunyit juga dapat merawat pelbagai penyakit seperti sakit sendi, asma, masalah pencernaan, jaundis, masalah hati dan hempedu serta dapat mengecutkan rahim.

Ibu kunyit juga boleh disapu ke muka untuk mengecutkan jerawat dan kulit muka yang akan menjadi bersih dan licin.