Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

RESEPI : Mini Kek Coklat

 


RESEPI : Mini Kek Coklat

Bahan A

1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Masukkan bahan A ke dalam periuk.
Kacau dengan api yang perlahan
sehingga gula larut.
Kemudian tutup api.

Bahan B
1  cawan tepung gandum 
1 sk soda bikarbonat 
1 sk serbuk penaik)

Ayak tepung bersama dengan
soda bikarbonat dan
serbuk penaik dan asingkan.

Bahan C
3 biji telur (grade c)
1 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Pukul telur , gula & esen vanilla 
sehingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalam 
bancuhan bahan A terlebih dahulu.
Selepas itu bahan B pula kacau
sehingga sebati.

Kaup adunan dengan sudu dan isikan ke dalam cawan kertas 
sebanyak 3/4 penuh. Choclate chip sebagai hiasan.
Bakar selama 12-18 minit. 

*Saiz cawan kertas 80mm.

*Giselle 23L Digital 10-in-1 Air Fryer Oven
suhu 160c 12 minit.