Monday, May 13, 2024

Pantai Bagan Lalang Selangor



Pantai Bagan Lalang Selangor
Bagan Lalang ialah sebuah pekan di pesisir pantai dalam daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Di sini terdapat banyak hutan paya bakau dan tanah liat tempatan yang menyokong industri pembuatan batu-bata. Paya bakau di Bagan Lalang ialah tempat pembiakan hidupan-hidupan akuatik. Paya bakau yang terlindung daripada ombak juga sesuai untuk menjadi pelabuhan, oleh itu, Bagan Lalang juga menjalankan aktiviti perikanan. Dengan penerokaan paya bakau di kawasan ini, hidupan nelayan di sini akan menjadi sangat susah kerana kekurangan sumber hidupan akuatik dan pelabuhan tidak terlindung. Selain itu, Bagan Lalang juga dapat pantai yang cantik. Bagan Lalang juga mempunyai banyak hotel dan chalet yang dapat menarik banyak pelancongan datang melancong disini.








 

Saturday, May 11, 2024

Bunga Kunyit

 






Selain Dijadikan Ulam, Ini Khasiat Bunga Kunyit Yang Patut Anda Tahu

Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu.

Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam.

Bukan setakat bunga, namun bahagian rizom dan akarnya berumbinya juga digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan dikeringkan.

Kemudian akan dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin yang menjadi ramuan ubatan yang sangat aktif.

Kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak seperti antiseptik untuk luka dan sebagai agen antibakteria. Kunyit juga dapat merawat pelbagai penyakit seperti sakit sendi, asma, masalah pencernaan, jaundis, masalah hati dan hempedu serta dapat mengecutkan rahim.

Ibu kunyit juga boleh disapu ke muka untuk mengecutkan jerawat dan kulit muka yang akan menjadi bersih dan licin.