Saturday, June 1, 2024
Friday, May 31, 2024
BUAH POKOK KARI (Murraya koenigii)
BUAH POKOK KARI (Murraya koenigii)
Pokok kari (Murraya koenigii) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutama dalam membangkitkan aroma gulai kari!
Selain itu, daunnya yang muda juga sering dijadikan ulam-ulaman untuk dimakan bersama nasi putih bagi meningkatkan selera makan.
Pernah tak tengok atau dengar buah kari biasa kita tahu daun kari di jadi bahan tambahan untuk buat kuah kari.
Mungkin ada yang pertama kali tengok buah kari macam buah ceri kecil-kecil warna hijau yang telah masak akan berwarna ungu.
Bila pokok kari betul-betuk matang dan subur baru buah kari akan wujud. Mengikut kajian buahnya boleh dimakan akan tetapi biji benihnya dikatakan beracun.
Disebabkan itu buahnya yang ranum ini tidak di ganggu serangga atau burung.
Sunday, May 26, 2024
CIKU
Saturday, May 25, 2024
Bunga Kucai (Chinese Chive)
Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.
Friday, May 24, 2024
Cactus Point Brinchang, Cameron Highlands Part 2
CACTUS POINT CAMERON HIGHLANDS
Tanaman kaktus merupakan salah satu tanaman popular yang terdapat di Cameron Highlands. Ia menjadi pilihan buah tangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat peranginan tersebut untuk dijadikan hadiah kepada sanak saudara atau rakan taulan. Tempat tersebut diberi nama Cactus Point. Tarikan yang berlanskap indah ini adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahi terutama sekali kerana kemasukannya juga percuma. Tempat meletak kenderaan juga begitu luas di sekitar kawasan Cactus Point tersebut. Para pengunjung yang berminat untuk mengunjungi tempat tersebut boleh la terus ke alamat Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang. Waktu operasi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari.