Pages

Wednesday, October 16, 2024

ALLAHU AKBAR


 Ucapan takbir iaitu 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) adalah ucapan mulia bagi membesarkan Allah SWT. Apabila takbir diucapkan, kita wajib menyedari dan mengetahui bahawa Allah SWT itu lebih besar dan agung berbanding segala sesuatu yang lain selain daripada-Nya.

Friday, October 11, 2024

Kad Kahwin : Songket Biru & Ungu

 


Kad Kahwin :  Songket Biru & Ungu
Saiz  : a4 saiz

Resolution : 300 pixels/ inch
Color Mode : CYMK






Thursday, August 29, 2024

Pantai Sungai Kajang Baru, Tanjung Karang

 





Pantai tanjung karang selangor

Antara persinggahan menarik di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Sama seperti Pantai Remis dan Morib, Pantai Sungai Kajang merupakan pantai bakau (pantai nelayan) tidak sesuai utk aktiviti mandi-manda. Selain laluan nelayan membawa balik hasil tangkapan ikan segar, aktiviti utama pantai ini adalah mengutip pelbagai jenis cengkerang; mentarang & kerang antara yg popular. Pemandangan matahari terbenam yg menarik menjadi tarikan utama pengunjung utk berehat dan bersantai di sini. 




Thursday, July 18, 2024

RESEPI : Mini Kek Coklat

 


RESEPI : Mini Kek Coklat

Bahan A

1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Masukkan bahan A ke dalam periuk.
Kacau dengan api yang perlahan
sehingga gula larut.
Kemudian tutup api.

Bahan B
1  cawan tepung gandum 
1 sk soda bikarbonat 
1 sk serbuk penaik)

Ayak tepung bersama dengan
soda bikarbonat dan
serbuk penaik dan asingkan.

Bahan C
3 biji telur (grade c)
1 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Pukul telur , gula & esen vanilla 
sehingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalam 
bancuhan bahan A terlebih dahulu.
Selepas itu bahan B pula kacau
sehingga sebati.

Kaup adunan dengan sudu dan isikan ke dalam cawan kertas 
sebanyak 3/4 penuh. Choclate chip sebagai hiasan.
Bakar selama 12-18 minit. 

*Saiz cawan kertas 80mm.

*Giselle 23L Digital 10-in-1 Air Fryer Oven
suhu 160c 12 minit.











Wednesday, July 17, 2024

Kad Kahwin Fold A4 Taffy Pink

 


Kad Kahwin :  Taffy pink
Saiz  : a4 saiz

Resolution : 300 pixels/ inch
Color Mode : CYMK










Monday, July 15, 2024

RESEPI : Kuih Kasturi

 

RESEPI : Kuih Kasturi

Bahan-bahan Inti
1/2  cawan gula putih
1 /2 cawan kelapa parut
Sedikit garam
2 sb tepung gandum

Bahan-bahan Salutan
1 /2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sb majerin
1-2 sk garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan inti
Basuh kemudian rendam kacang hijau anggaran 3-4 jam.
Rebus kacang hijau bersama dengan 4 cawan air sehingga kacang lembut.
Masukkan gula putih kemudian sambung masak sampai mendidih.
Masukkan garam dan kelapa parut.
Sambung masak sampai pekat.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. 
Kacau perlahan sampai pekat, tutup api dan sejukkan.
Bentukkan bulat dan tekan leperkan.

Cara-cara penyediaan tepung salutan
Bancuh tepung beras, tepung gandum, majerin, telur, garam, air dan pewarna kuning.
Gaul sebati. Tambah air sampai dapat adunan sebati.
Panaskan minyak dan celup kuih dalam adunan tepung.
Goreng sampai garing.






Beli kacang hijau murah & berkualiti di sini.

Design inspiration

Font collection

Friday, July 12, 2024

Kad Kahwin : Songket Black Gold

 

 


Kad Kahwin :  Songket Black Gold
Saiz  : a4 saiz

Resolution : 300 pixels/ inch
Color Mode : CYMK








Thursday, July 11, 2024

Kad Kahwin Fold A4 Baby Blue

 



Kad Kahwin :  Baby Blue
Saiz  : a4 saiz

Resolution : 300 pixels/ inch
Color Mode : CYMK












Wednesday, July 10, 2024

Allahu Akbar




Ucapan takbir iaitu 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) adalah ucapan mulia bagi membesarkan Allah SWT. Apabila takbir diucapkan, kita wajib menyedari dan mengetahui bahawa Allah SWT itu lebih besar dan agung berbanding segala sesuatu yang lain selain daripada-Nya.





 






Maksud Logo Sekolah SMK Dato' Ahmad Arshad

 




Sekolah Menengah Dato' Ahmad Arshad (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Anam) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pekan Batu Anam, bersebelahan PETRONAS Pekan Batu Anam dan Masjid Jamek Syed Alwi. Sekolah ini merupakan "tulang belakang" dalam mendidik masyarakat di Batu Anam sebelum Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan dibina. Moto sekolah ini ialah "Pengetahuan Kunci Kejayaan".





 sumber



Tuesday, July 9, 2024

Sejarah Bendera Segamat

 




Asal usul bendera Segamat adalah bendera endau yang
telah digunakan bermula pada 8 mei 1932.
Selepas tahun itu segamat telah ditarafkan sebagai
daerah ketiga selepas muar dan batu pahat.
Pangkat persuruhjaya kerajaan telah diletakkan 
di segamat menyebabkan endau tidak menggunakan lagi
benderanya secara berperingkat. Oleh itu, pegawai kerajaan
segamat telah meminta kebenaran untuk
membuat bendera baru atau menggunakan bendera endau.
Atas persetujuan kerajaan negeri johor bendera
endau menjadi bendera segamat secara rasmi




Sumber 



Tuesday, June 25, 2024

Poster Program Anti-Dadah : Kesan-Kesan Buruk Dadah Part 2



 Kesan-kesan Buruk Dadah

*Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang).
*Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan imbangan.
*Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan sawan.
*Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum   cukup bulan, kematian dan kecacatan.
*Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan  menyelesaikan masalah.
*Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
*Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya membawa maut kepada:
a) Diri Sendiri
b) Ahli Keluarga
c) Orang Awam





Sumber font








Monday, June 24, 2024

Reka bentuk buku pendaftaran sekolah Sek Men Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing Pada Tahun 2017





Reka bentuk buku pendaftaran sekolah 
Sek Men Agama Al-khairiah Al-islamiah Mersing Pada Tahun 2017

 Reka bentuk mockup dari https://mrmockup.com/




SMA Al-Khairiah Al-Islamiah merupakan salah sebuah sekolah yang telah diangkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah sebuah sekolah kerajaan dibawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Untuk info sekolah SMA Al-Khairiah Al-Islamiah


Wednesday, June 19, 2024

MP Segamat Logo

 

 



Design mockup background

Sumber Logo MP Segamat Logo



Tema merah putih bendara segamat




Segamat ialah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Johor di Malaysia, bersempadan dengan Negeri Sembilan di barat dan Pahang di utara. Terletak kira-kira 190 kilometer dari Johor Bahru (JB), ibu negeri Johor dan kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS). Terletak secara strategik di antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Segamat ialah daerah kelapa sawit dan getah pertanian yang berkembang pesat, terkenal dengan durian yang lazat juga. Pekan eponim ialah bandar bersaiz sederhana biasa dengan gabungan budaya lama dan baharu. Hanya 45 minit pemanduan dari bandar menawarkan pelbagai tempat mendaki dan berenang seperti Gunung Ledang yang terkenal, Air Terjun Air Panas dan Air Terjun Bekok yang menjadikan percutian hujung minggu yang menyeronokkan.

Majlis Daerah Segamat atau Majlis Daerah Segamat terdiri daripada:
• Ibu Pejabat Majlis Daerah Segamat (Pusat Pentadbiran)
• Pusat Kecil Bukit Siput
• Pusat Kecil Kg. Tengah
• Pusat Kecil Pekan Jabi
• Pusat Kecil Buloh Kasap
• Pusat Kecil Batu Anam
• Pusat Kecil Gemas Baru
• Pusat Kecil Jementah




Ros Jepun


Ros Jepun

Bunga Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan pokok yang sangat cantik untuk ditanam di halaman rumah serta pokok landskap yang tahan panas. Oleh disebabkan ia merupakan pokok landskap tahan panas, ia sangat sesuai untuk ditanam dan akan tumbuh subur dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Ia dikatakan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Di Malaysia, bunga Ros Jepun ini turut dikenali dengan nama pokok bunga pukul 10 pagi atau pokok bunga kembang 10 pagi. Jolokan nama ini diberi kerana pokok bunga ini dikatakan akan kembang dengan mekar pada pukul 10 pagi.

Ia sangat mudah untuk dikenali dengan sifat fizikalnya yang berwarna-warni dan cara tumbuh yang menjalar. Bentuk kelopak bunganya juga sama seperti ros biasa tetapi lebih kecil. Walaupun saiz bunga yang lebih kecil, ia masih cantik untuk dipandang dengan warna bunganya yang terang dan ceria.