Showing posts with label antidadah. Show all posts
Showing posts with label antidadah. Show all posts

Tuesday, June 25, 2024

Poster Program Anti-Dadah : Kesan-Kesan Buruk Dadah Part 2



 Kesan-kesan Buruk Dadah

*Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang).
*Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan imbangan.
*Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan sawan.
*Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum   cukup bulan, kematian dan kecacatan.
*Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan  menyelesaikan masalah.
*Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
*Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya membawa maut kepada:
a) Diri Sendiri
b) Ahli Keluarga
c) Orang Awam





Sumber font








Monday, April 9, 2018

Poster Program Anti-Dadah : Kesan-Kesan Buruk Dadah


Kesan-kesan Buruk Dadah

*Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang).
*Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan imbangan.
*Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan sawan.
*Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum   cukup bulan, kematian dan kecacatan.
*Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan  menyelesaikan masalah.
*Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
*Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya membawa maut kepada:
a) Diri Sendiri
b) Ahli Keluarga
c) Orang Awam



Tuesday, March 13, 2018

Poster Program Anti-Dadah : Peranan mewujudkan generasi tanpa dadah



*Peranan Ibu Bapa

 Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan &
kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak
dengan sempurna agar tidak terlibat diri dengan penyalahgunaan dadah.

**Peranan Guru
Setiap masa, para guru perlu mengingatkan pada muridnya agar tidak
melibatkan diri dengan dadah. 

****Peranan Pelajar
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan
perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan
penyalahgunaan dadah.
Slogan “Katakan Tidak Kepada Dadah” perlu di jadikan satu
pegangan hidup kepada para pelajar.


Sunday, March 11, 2018

Poster Program Anti-Dadah : Haram Di Sisi Islam



DADAH MENURUT PANDANGAN ISLAM
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dail pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :
"..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.."

Untuk poster antidadah yang lain klik bawah:

Monday, January 22, 2018

Poster Program Anti-Dadah : Sebab-sebab Pengambilan Dadah


Sebab-sebab Pengambilan Dadah

Kerana ingin tahu.
Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba
Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenaibahaya  akibat dari penggunaan dadah.
Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan.
Akibat keadaan peribadi yang kucar kacir
Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan(keruntuhan rumah tangga, kematian ibu bapa dan sebagainya).
Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan.
Fikiran yang tidak tenteram(Neurosis)
Untuk mengelak dari kenyataan hidup.
Golongan ini terbahagikepada dua kumpulan iaitu:
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah 
    kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri masalah emosi.



Untuk poster antidadah yang lain klik bawah:

Tuesday, October 17, 2017

Poster Program Anti-Dadah


Untuk melihat poster antidadah sh yn design  yang lain sila klik link dibawah...



Originally design ​by sh-yn design.







Kemaskini pada 17 julai 2020

Poster antidadah yang digunakan dalam salah satu episod sepahtu reunion live 2019 episod 7..