Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan &
kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak
dengan sempurna agar tidak terlibat diri dengan penyalahgunaan dadah.
**Peranan Guru
Setiap masa, para guru perlu mengingatkan pada muridnya agar tidak
melibatkan diri dengan dadah.
****Peranan Pelajar
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan
perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan
penyalahgunaan dadah.
Slogan “Katakan Tidak Kepada Dadah” perlu di jadikan satu
pegangan hidup kepada para pelajar.
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dail pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :
"..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.."