Saturday, May 11, 2024

Bunga Kunyit

 






Selain Dijadikan Ulam, Ini Khasiat Bunga Kunyit Yang Patut Anda Tahu

Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu.

Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam.

Bukan setakat bunga, namun bahagian rizom dan akarnya berumbinya juga digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan dikeringkan.

Kemudian akan dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin yang menjadi ramuan ubatan yang sangat aktif.

Kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak seperti antiseptik untuk luka dan sebagai agen antibakteria. Kunyit juga dapat merawat pelbagai penyakit seperti sakit sendi, asma, masalah pencernaan, jaundis, masalah hati dan hempedu serta dapat mengecutkan rahim.

Ibu kunyit juga boleh disapu ke muka untuk mengecutkan jerawat dan kulit muka yang akan menjadi bersih dan licin.


Friday, May 10, 2024

Bunga Cekur


Pokok Herba Cekur Hijau/Kampung
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia Galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguan.

















 

Thursday, May 9, 2024

Pokok Bunga Di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

 




















TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLAND
    
LATAR BELAKANG

TATMCH telah dirasmikan oleh Almarhum KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 14 Jun 2003.
Keluasan kawasan TATMCH adalah 42 ha merangkumi bangunan pusat penyelidikan, pusat informasi dan Taman Agro Teknologi MARDI.
Pusat perhentian setempat untuk pelancongan tanah tinggi yang berada pada ketinggian 1,400m dari aras laut, bersuhu nyaman sepanjang tahun (14-24˚C).
Merupakan Pusat Kecemerlangan Pertanian Hijau yang berteraskan agropelancongan, menyediakan dan mengekalkan suasana indah dan menarik, kemudahan rekreasi, wadah pembangunan, penggunaan dan pemindahan teknologi serta memberi pengetahuan dan menyediakan tempat pembelajaran.
TARIKAN UTAMA

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands mempunyai taman mini yang menghimpunkan lebih 50 jenis bunga-bungaan temperat dan tropika dengan gabungan tanaman semusim, dwi-musim dan perenial dan taman dibahagikan mengikut bahagian seperti Taman Inggeris, Laman Herba, Taman Mini Cameron, Bunga Orkid, Taman Periuk Kera, Taman Ros dan Tanaman Tulip. Tanaman tulip di Mardi Cameron Highlands merupakan varieti yang diimport daripada Holland. Penyelidik di stesen ini kemudiannya berjaya menghasilkan pembenihan tulip di dalam makmal dan ditanam di Taman Mini Cameron sekitar bulan Februari dan Mac. Selain itu juga, terdapat ladang strawberi, plot tanaman sayuran komersil, fertigasi, plot epal, plot anggur, plot buah tin serta tanaman temperat lain.
Taman ini juga mempunyai Ladang Teh tertua di Malaysia dimana pokok teh ditanam sejak tahun 1927 serta Kilang Teh pertama di Malaysia yang telah dibina pada tahun 1935.





Wednesday, May 8, 2024

HURUF HIJAIYAH - Red & Blue Design

 




Huruf hijaiyah adalah abjad dalam bahasa arab berjumlah 30 huruf bila di tambah dengan 
hamzah dan lam alif. Bagi umat islam memahami bacaan Al-Quran dengan baik dan benar memiliki kaitan erat dengan pemahaman huruf hijaiyah.


30 Huruf Hijaiyah
A. Huruf Hijaiyah

1. ا (alif)
2. ب (ba')
3. ت (ta')
4. ث (tsa)
5. ج (jim)
6. ح (ha')
7. خ (kha')
8. د (dal)
9. ذ (dzal)
10. ر (ra')
11. ز (za)
12. س (sin')
13. ش (syin)
14. ص (shad)
15. ض (dhad)
16. ط (tha')
17. ظ (zha')
18. ع ('ain)
19. غ (ghain)
20. ف (fa')
21. ق (qaf)
22. ك (kaf)
23. ل (lam)
24. م (mim)
25. ن (nun)
26. هـ (haa)
27. و (wau)
28. ي (ya')
29. ء (hamzah)
30. لا (lam alif)